web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Masjid Utama Bawah JAKIM Digerakkan Sokong Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 9:16PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGl - Tiga masjid utama di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mula digerakkan dalam usaha kerajaan menyokong  kempen #GengSubuhMacamJumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kempen itu akan diteruskan di peringkat Persekutuan, bertitik tolak daripada kejayaan kempen berkenaan yang dimulakan selebriti Alif Satar, ditambah pula dengan kejayaan Program Semarak Subuh oleh Kerajaan Johor.

Beliau berkata tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Dengan mengekalkan slogan #GengSubuhMacamJumaat, Mohd Na'im berkata perancangan sedang dibuat bersama agensi berkaitan serta selebriti berkenaan dengan program pertama dijangka diadakan pada 27 Januari ini.

"Kita akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berbuat kebaikan, sebab itu saya mengharapkan golongan belia macam Alif Satar dengan status yang dia ada sebagai selebriti, membawa anak-anak muda ini (ke arah kebaikan).

"Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd Fared Mohd Khalid pun ada sebut, semasa Menteri Besar hadir (pada Program Semarak Subuh) semalam, hampir menitis air mata terharu sebab lihat kebanyakan yang hadir ialah anak-anak muda. Subhanallah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Na'im berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kejayaan menghimpunkan lebih 12,000 jemaah pada Program Semarak Subuh dan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di Johor Bahru semalam, akan diteruskan di peringkat Persekutuan.

Program Semarak Subuh iaitu inisiatif Onn Hafiz, mula dilaksanakan 5 Januari tahun ini di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor membabitkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri ini.

Sementara itu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakan Alif sejak Disember tahun lepas juga mula menjadi ikutan ramai dan turut digerakkan pempengaruh lain di seluruh negara.

Dalam hal lain, Mohd Na'im yang berada di negeri ini untuk misi pascabanjir selama dua hari berkata lebih RM1.5 juta sumbangan dan bantuan pelbagai bentuk daripada enam agensi di bawahnya telah disampaikan.

Beliau berkata ia termasuk bantuan dari segi baik pulih rumah, barang keperluan peralatan pembersihan, kit solat, bank makanan serta pakaian terpakai dan berharap dengan bantuan dan sumbangan itu akan dapat meringankan beban mereka yang terjejas banjir bulan ini.

Terdahulu, Mohd Na'im menyampaikan sumbangan kepada 120 Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir di Kampung Sungai Telor, dekat sini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad