web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Minta Tangguh Pelaksanaan Tarif Air Baharu Di Labuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 8:12PM

Pengerusi PH Labuan, Simsudin Sidek. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pakatan Harapan (PH) Labuan akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk merayu supaya pelaksanaan pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik di wilayah itu ditangguhkan.

Pengerusi PH Labuan, Simsudin Sidek, berkata keadaan semasa perkhidmatan bekalan air di Labuan adalah tidak memuaskan dan memerlukan perhatian segera sebelum sebarang pelarasan tarif air dilaksanakan.

Beliau turut menekankan kebimbangan seperti gangguan bekalan air yang kerap dan tekanan air yang rendah dan menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menangani isu-isu ini sebelum meneruskan dengan rancangan pelarasan tarif air.

“Adalah penting bagi SPAN untuk memastikan pelarasan itu tidak membebankan penduduk Labuan, khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil menyatakan sokongan terhadap pelarasan tarif air, PH Labuan menegaskan Labuan adalah antara tiga negeri teratas dengan kadar tarif air dan kos sara hidup tertinggi.

"Labuan PH ingin menekankan kepentingan untuk mempertimbangkan tekanan kewangan terhadap rakyat yang masih belum pulih daripada peningkatan kos sara hidup baru-baru ini.

"Kami juga menyeru semua pengguna di Labuan untuk mengamalkan penggunaan air secara berhemah bagi mengurangkan tekanan pada sistem bekalan air sedia ada.

"Mengakui keperluan rancangan itu bagi memastikan kemapanan jangka panjang perkhidmatan air, PH Labuan berhasrat untuk mendapatkan keseimbangan yang menjaga kesejahteraan rakyat sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan bekalan air terawat," katanya.

Pada 17 Januari lalu, SPAN mengumumkan pelarasan tarif air bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksanakan bermula 1 Februari ini.

Pelarasan itu menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu air. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad