web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perak Akan Warta Kawasan Penemuan Fosil Di Changkat Tualang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 12:50PM

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi Helmi ketika di lokasi penemuan fosil karang dianggar berusia 300 juta tahun itu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Kerajaan Perak akan mewartakan kawasan penemuan fosil karang purba seluas 6.9 hektar dekat Kampung Changkat Tualang di sini, sebagai satu lagi geotapak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi Helmi berkata kawasan itu mempunyai keunikan tersendiri dengan pencirian nilai sumber warisan meliputi saintifik, rekreasi, estetik dan sejarah untuk diangkat sebagai geoproduk pelancongan baharu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat dan kajian daripada penyelidik, didapati kawasan itu mempunyai pelbagai khazanah berharga bagi membolehkan kawasan berkenaan menjadi geotapak pertama di negeri ini yang mempunyai fosil karang.

"Kita perlu ambil langkah kawalan kerana rekod sejarah perkembangan bumi itu perlu dipulihara untuk membolehkan penjanaan pengetahuan baharu bagi faedah generasi akan datang, jadi ia perlu diwartakan.

"Usaha bersepadu perlu digerakkan melibatkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar termasuk komuniti Kampung Changkat Tualang bagi merealisasikan hasrat itu," katanya selepas mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan di sini semalam.

Mohd Azlan Helmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah berkata pihaknya percaya kemungkinan besar lebih banyak fosil sedemikian ada di kawasan berkenaan dan perlu dipulihara segera.

"Selain mengawal kawasan terbabit sebagai warisan geologi, pewartaan kawasan berkenaan bakal memberi peluang kepada orang lain sama ada warga tempatan atau luar, untuk melihat sendiri beratus-ratus fosil berusia ratusan juta tahun di sini.

"la juga boleh digunakan bagi tujuan pendidikan dan penyelidikan, selain berpotensi besar dijadikan destinasi pelancongan baharu di Perak," katanya.

Beliau berkata penemuan yang dilakukan penyelidik Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) membuktikan suatu masa dahulu kawasan itu adalah lautan terbuka dengan kebanjiran hidupan siput yang melekat pada batuan batu kapur puncak dalam air.

'Alhamdulillah, selepas berpenat, berpanas di kawasan itu selama tiga minggu mereka akhirnya menjumpai penemuan yang menggembirakan kerana mempunyai nilai sejarah tinggi 300 juta tahun lepas.

"Kita sebagai rakyat Perak gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ia akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan tarikan pelancongan Geopark," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad