web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SARA 2024: Kerajaan MADANI Naikkan Kadar Bantuan Untuk Isi Rumah Kepada RM1,200

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan MADANI menaikkan kadar bantuan untuk isi rumah menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM1,200 tahun ini berbanding RM600 pada 2023 manakala kadar untuk golongan bujang kekal RM600.

Program itu dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas yang menyaksikan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklųmkan ia adalah sebahagian daripada usaha menambah baik SARA sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup.

"Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dalam kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan SARA yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Menurut Kementerian Kewangan, penambahbaikan SARA turut melibatkan usaha memperluas penerima yang layak merangkumni golongan miskin dan miskin tegar berbanding pada 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar.

"Penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

“Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar," menurut kenyataan itu.

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari ini bagi penerima dari Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Februari.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan serta RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari dan 12 Ogos melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lepas, kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Kementerian Kewangan turut menasihati penerima SARA agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar