web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaedah Penanaman Padi Di Sekinchan Diperluas Ke Kawasan Lain – Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 4:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kaedah penanaman dan penjagaan padi di Sekinchan, Sabak Bernam akan diperluas ke kawasan penanaman padi lain di Selangor selaras dengan inisiatif “Gelombang Padi” yang diumumkan kerajaan Persekutuan, dua hari lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata hal ini berikutan hasil padi di kawasan berkenaan lebih tinggi dan berkualiti berbanding kawasan penanaman lain di Selangor.

Amirudin berkata dua Exco kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan penanaman padi iaitu Datuk Ng Suee Lim dan Datuk Rizam Ismail telah ditugaskan meneliti kaedah mengembangkan formula penanaman di Sekinchan ke beberapa lokaliti di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Apa yang kita lihat, pengeluaran padi Sekinchan agak tinggi dan jumlahnya tidak sama dengan pengeluaran padi tempat lain termasuk antaranya di Tanjung Karang dan Sungai Panjang," katanya selepas melancarkan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah penanaman format lama iaitu tanam, tinggal dan tuai (3T) tidak boleh dilaksanakan dalam memastikan hasil padi mencapai tahap optimum.

“Bukan sekadar jentera dan teknologi semata-mata, tetapi juga bagaimana teknik dan kaedah penjagaan sepanjang musim padi... tiada lagi 3T (tanam, tinggal dan tuai). Ini yang akan kita kembangkan," katanya menambah pelbagai teknologi dan teknik terkini akan diterapkan bagi memastikan hasil yang terbaik.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata hasil padi di Sekinchan yang tertinggi dalam negara dengan setiap hektar mampu menghasilkan sebanyak 12 tan padi berbanding negeri lain iaitu sekitar empat tan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Selasa mengumumkan bahawa inisiatif "Gelombang Padi" digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan.

Mohamad dilaporkan berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggariskan 12 program untuk dilaksanakan menerusi inisiatif itu yang merupakan pencetus perubahan bagi transformasi industri padi dan beras negara antaranya memperkenalkan dasar baharu insentif Benih Padi Sah (IBPS). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar