web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKM Salur Bantuan Segera Kepada Dua Beranak Hidup Dalam Sampah, Najis Di Ipoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8:52AM

Erwan Dahari bersama ibunya Miram Kadir yang terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi sampah dan air bertakung. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta akan meluluskan dua bentuk bantuan berjumlah RM900 sebulan kepada dua beranak yang hidup dalam serba kedaifan di sebuah rumah flat dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Taman Silibin di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata bantuan skim Bantuan Am Negeri berjumlah RM400 akan diberikan kepada Erwan Dahari, 46, serta skim Bantuan Warga Emas RM500 kepada ibunya Miram Kadir, 77.

Beliau berkata pihak PKMD Kinta juga telah menyerahkan tabung bantuan segera (TBS) kepada Erwan yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) mental.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Puteri Kebajikan akan mengenal pasti rumah sewa yang lebih sesuai untuk dua beranak tersebut.

"Berdasarkan bantuan JKM tersebut berjumlah RM900 sebulan termasuk bantuan Baitulmal sebanyak RM500 yang diterima warga emas itu membolehkan dua beranak itu tinggal di tempat yang lebih selesa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Salbiah berkata Erwan mengalami masalah kemurungan di tahap minimum dan tidak membenarkan ibunya dimasukkan ke rumah kebajikan serta sanggup menjaga ibunya.

Media sebelum ini melaporkan dua beranak itu tinggal di dalam rumah yang dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis selain rumah itu dilimpahi dengan air di sepanjang ruang masuk rumah yang didiami sejak tujuh tahun lepas.

Menurut laporan, Erwan yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berkata beliau sanggup berhenti kerja di sebuah kilang untuk menjaga ibunya yang sakit tua dan sudah nyanyuk.

Erwan berkata mereka hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal RM300 sahaja dan ia tidak mencukupi kerana perlu membayar sewa rumah berjumlah RM250 selain perlu membayar bil utiliti seperti air dan elektrik serta membeli keperluan makanan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad