web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Bangunkan Sistem AI Mudahkan Prosedur Mohon Sijil Halal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8:44AM

Penggunaan sistem berasaskan AI bakal memudahkan prosedur kelulusan bagi permohonan pensijilan halal daripada JAKIM. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (Al) bagi mempermudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata teknologi itu dijangka membantu JAKIM terutama dalam menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Beliau berkata perkara yang paling rumit dalam prosedur meluluskan permohonan sijil halal adalah untuk memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

“Sebagai contoh, dalam permohonan pensijilan halal makanan di hotel, ada ratusan menu yang perlu kita semak dan bahan yang digunakan bukan sikit tetapi ribuan.

“Kalau kita gunakan khidmat manusia, ia memerlukan tenaga yang ramai dan penggunaan Al ini bukan sahaja membantu kita malah pihak industri dan menjadikan proses permohonan sijil halal itu cepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, di sini malam tadi.

Sementara itu, Mohamad Zamri berkata pensijilan Halal Malaysia terus diiktiraf oleh dunia apabila berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Menurutnya, rekod itu harus dipertahankan dengan mengekalkan integriti yang tertinggi dalam mematuhi piawaian ditetapkan selama ini bagi memastikan pensijilan halal Malaysia terus dihormati di mata dunia. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad