web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Cederakan Bekas Isteri 3 Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 4:24PM

Seorang peniaga, Rosmaini Abd Raof diperintahkan membela dirinya di Mahkamah Sesyen Johor Bharu, atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan parah, tiga tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan seorang peniaga membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lalu.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmaini Abd Raof, 41 tahun.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Januari ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki pada belakang tangan Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang ketika itu masih isteri ketiganya, sehingga mangsa cedera parah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada jam 6 pagi 4 Mei 2021 mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Kes ini mendapat perhatian masyarakat kerana mangsa, seorang penjawat awam, hamil ketika kejadian serta parah dan koma sebelum selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November 2021.

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bella: 'Saya Dikecam, Diugut Bunuh, Hilang Perniagaan' - Siti Bainun

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bung Moktar, Zizie Izette Fail Rayuan Mahkamah Tolak Semak Keputusan Bela Diri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kebenaran Akan Ditegakkan! – Syed Saddiq  

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Syed Saddiq Diperintah Bela Diri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad