web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


300 Peserta 'Menerbangkan Layang-layang Untuk Gaza' Zahirkan Solidariti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:14AM

Layang-layang 'Free Palestine' yang diterbangkan pada program 'Menerbangkan Layang-Layang Untuk Gaza' semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kira-kira 300 peserta hadir menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin sempena program 'Menerbangkan Layang-Layang Untuk Gaza', dalam usaha berterusan bagi mengecam penindasan rejim Zionis dibumi Al-Quds.

Jurucakap Yayasan Farrash, Shahnas Oli Mohamed berkata program yang diadakan semalam juga bersempena Hari Layang-Layang Dunia yang disambut setiap 14 Januari.

Shahnas berkata ia juga antara usaha badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin seiring dengan program antarabangsa 'Kites in Solidarity'.

“Program hari ini sebagai mengikuti satu program antrabangsa yang dikenali sebagai 'Kites in Solidarity'. Cerita di sebalik 'Kites in Solidarity' ini adalah di Semenanjung Gaza, ia mempunyai pantai yang panjang dan kanak-kanak Gaza terkenal dengan bermain layang-layang di tepi pantai.

"Pada Julai 2011, anak-anak Gaza ini mencipta rekod dunia dengan menerbangkan 12,350 layang-layang serentak sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh China pada masa itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program tersebut di Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Antara peserta program 'Menerbangkan Layang-Layang Untuk Gaza'. - gambar BERNAMA
Antara peserta program 'Menerbangkan Layang-Layang Untuk Gaza'. - gambar BERNAMA

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri.

Shahnas berkata program itu juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada anak-anak yang hadir menyertai permainan layang-layang tentang apa yang sedang berlaku di Palestin.

“Di samping memperingatinya (situasi di Palestin terutama di Gaza), ia juga mengajar anak-anak kita menjadi manusia yang berprinsip, untuk tahu apa yang sedang berlaku di dunia dan berpegang kepada prinsipnya.

“Insya-Allah kita akan anjurkan lagi program ini dalam (pelbagai bentuk untuk terus memberi kesedaran)...kita mahukan rakyat untuk tidak berhenti bercakap mengenai Palestin," katanya.

Shahnas berkata program yang digerakkan oleh pihaknya itu turut mendapat sokongan usahawan wanita di Bukit Jelutong iaitu Dr Sheeda Abdul Karim dan Rohiza Mohd Ali. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad