web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terengganu Rampas Dadah RM4.47 Juta Sepanjang 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 4:45PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata selain itu sebanyak 3,496 tangkapan turut dibuat melibatkan penagih dan pengedar dadah di bawah Seksyen 6, 6B, 12(2), 39A (1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lepas.

Beliau berkata jumlah tangkapan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,880 orang.

"Tangkapan turut melibatkan 35 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

"Sepanjang tahun lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menjalankan tujuh siri Ops Camar bagi membanteras sindiket pengedaran dadah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.

Terdahulu pada majlis tersebut Mazli turut menyerahkan 15 kenderaan termasuk motosikal dan kereta yang dilucut hak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran automatif di tujuh sekolah menengah di negeri ini.

Dalam pada itu Mazli berkata secara keseluruhan sebanyak 62 kenderaan pelbagai jenis berjaya dilucut hak untuk pelupusan sepanjang 2023.

Menurut beliau selain diserahkan kepada sekolah untuk tujuan pembelajaran, kenderaan tersebut juga akan dilelong kepada orang awam pada 22 Januari ini.

"Anggaran rampasan dan sitaan pelbagai jenis kenderaan oleh jabatan narkotik tahun lalu pula sekitar RM2.8 juta," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad