web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rujuk Pendaftaran Pengislaman Individu Bawah 18 Tahun Kepada Jawatankuasa Khas Untuk Diperhalusi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 10:04AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkara berkaitan pendaftaran pengislaman bagi individu di bawah 18 tahun perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang (Jawatankuasa Khas) untuk diperhalusi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ini sebagai antara kaedah sementara menunggu ia diangkat ke peringkat seterusnya dan supaya dapat diharmonikan dengan undang- undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata ketika ini, terdapat lapan negeri yang menghendaki keizinan hanya satu pihak sama ada ibu atau bapa bagi kemasukan Islam kanak-kanak yang belum mencapai umur Persekutuan, 18 tahun Melaka, iaitu Wilayah Sarawak, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis manakala Pulau Pinang, Sabah, Johor, Selangor dan Pahang pula menghendaki keizinan daripada kedua-dua ibu dan bapa.

Mohd Na'im berkata pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak Loh Siew Hong yang ditukar secara unilateral oleh bekas suaminya, M.Nagahswaran.

"Saya percaya penghakiman itu dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana tidak sihat sehingga menjejaskan perpaduan serta keharmonian negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar