web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Susulan Banteras Warga Asing Akan Dilaksanakan - Ketua Polis KL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 9:10AM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika meninjau sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata operasi berkenaan sama seperti yang dijalankan di Jalan Silang pada Disember tahun lepas.

"Kita tahu warga asing banyak, sama ada yang mempunyai dokumen atau tidak. Secara umumnya kebanyakan mereka yang bekerja memilik dokumen.

"Kita tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin," katanya ketika program jelajah mesra di Jalan Chow Kit malam ini.

Allaudeen berkata program jelajah mesra di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib itu diadakan susulan beberapa laporan yang kurang baik menerusi media berkaitan lokasi berkenaan.

"Kita bawa rakan media pada malam ini bagi melihat sendiri keadaan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib yang satu ketika dulu dikenali dengan aktiviti pelacuran, pondan dan dadah.

"Alhamdulillah, hari ini kita tengok kawasan ini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lepas. Kita telah bersihkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar