web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Maut, 4 Cedera Bas Dinaiki Terbakar Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 4:08PM

Keadaan bas persiaran selepas merempuh motosikal yang terbabas dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur. gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang pelancong warga India maut, manakala empat penumpang lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbakar dalam nahas dengan sebuah motosikal di Kilometer 198 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata, mangsa iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun cedera terbakar pada badan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Beliau berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, difahamkan bas ekspres tersebut membawa 28 penumpang dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan dipercayai berlaku kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggang pemuda berusia 21 tahun akibat terbabas sendiri dan jatuh di lorong paling kiri di lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun, penunggang itu sempat bangun menyelamatkan diri ke kiri jalan sebelum motosikalnya dilanggar bas yang datang dari arah sama menyebabkan motosikal tersebut terseret ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Arshad berkata, mangsa dan kesemua penumpang yang cedera berusia antara 69 tahun hingga 17 tahun adalah satu keluarga warga India dan seorang daripadanya warga Singapura.

"Mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan. Dua pemandu dan 23 penumpang bas lain tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal hanya luka pada anggota badan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Puspakom. Kes diklasifikasikan di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba II (KUP) Zahrul Azha Mokhtar berkata, 21 anggota digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.55 pagi.

Menurutnya, operasi itu turut membabitkan satu lori tangki dengan kapasiti 20,000 liter air dari BPP Tangga Batu untuk kerja-kerja pemadaman kebakaran dan operasi berjaya dikawal pada 4.25 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad