web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Derita Wira APM Melecur Tahap Tiga Dapat Perhatian Premier Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 4:52PM

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazruddin Abdul Rahman ketika menziarahi Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah di kediamannya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kisah meruntun jiwa Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, 34, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menderita akibat kesan kebakaran tahap tiga dilaporkan Bernama baru-baru ini mendapat perhatian Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pemimpin utama Sarawak itu hari ini menghulurkan bantuan kewangan RM50,000 yang disampaikan Ketua Setiausaha Politiknya, Fazruddin Abdul Rahman bagi meringankan beban wira APM itu untuk menjalani proses pemulihannya.

"Dua hari lepas, Premier (Abang Johari) jumpa saya dan beliau arahkan saya untuk beri sumbangan peribadi beliau kepada saudara Mohammad Syafiq atas keberaniannya berusaha menyelamatkan mangsa kebakaran tanpa memikirkan keselamatan diri," kata Fazruddin kepada pemberita selepas melawat Mohamad Syafiq di kediamannya.

Beliau berkata Abang Johari amat prihatin dengan keadaan yang menimpa keluarga Mohamad Syafiq memandangkan adiknya juga memerlukan bantuan perubatan secara berkala.

Anggota sukarelawan APM itu kini menjalani proses pemulihan memeritkan setelah mengalami kesan kebakaran tahap tiga dengan 75 peratus badannya melecur ketika mahu menyelamatkan mangsa kebakaran pada 28 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, ibu Mohammad Syafiq, Julia Jemat, 56, yang berterima kasih dengan sumbangan itu berkata beliau akan menggunakan bantuan berkenaan sebaik-baiknya untuk rawatan anaknya, khususnya bagi menjalani fisioterapi.

Selain bertungkus-lumus menguruskan rawatan Mohammad Syafiq, beliau yang merupakan seorang ibu tunggal juga perlu menanggung seorang lagi anaknya yang menghidap penyakit sawan.

Menurut Julia, proses pemulihan anak keempat daripada enam beradik itu dijangka mengambil masa tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya, dengan melibatkan kos ubat-ubatan serta makanan berjumlah kira-kira RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Fazruddin menyeru orang ramai mendoakan kesembuhan Mohamad Syafiq dan kekuatan kepada keluarga itu dalam menghadapi ujian berat ketika ini.

Beliau berkata masyarakat turut memainkan peranan untuk melaporkan mana-mana individu yang mengalami musibah serta memerlukan bantuan pada agensi dan jabatan kebajikan berkaitan bagi memudahkan urusan menyalurkan bantuan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad