web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Manupulasi Sistem Oleh Selangkah Dalam Pendaftaran Vaksin Astrazeneca

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 8:08AM

Orang ramai menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin Astrazeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah dalam isu pendaftaran vaksin AstraZeneca di bawah kempen bantuan (outreach) ImuniSel tempoh hari seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan bersama malam ini memaklumkan ImuniSel adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk mendaftar vaksin secara luar talian (offline) untuk golongan yang sukar mempunyai akses digital.

Kenyataan itu menyebut setiap individu yang membuat pendaftaran vaksin menerusi ImuniSel telah memberikan kebenaran untuk didaftarkan bagi vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan namun tempahan slot vaksin AstraZeneca dibuat secara sukarela atau ‘opt in’ atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin AstraZeneca.

“ Justeru, pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca memerlukan persetujuan berbeza berbanding vaksin-vaksin lain yang berada dalam program arus perdana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menerusi pendaftaran vaksin AstraZeneca yang dibuat oleh Imunisel tanpa pengetahuan mereka yang terlibat, terdapat beberapa individu yang telah terlebih dahulu menerima janji temu vaksinasi bukan AstraZeneca digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca. 

“ Bagi menyelesaikan isu ini, pihak ImuniSEL telah bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF (Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca.

“ Bagi individu yang terkesan akibat penggantian janji temu dan tidak bersetuju dengan janji temu baharu yang diberikan, individu terbabit akan diberikan semula janji temu terdahulu,” menurut kenyataan itu.

Amirudin dan Khairy berkata pihak CITF turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa individu yang telah mendapat janji temu vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran yang telah dibuat oleh pihak lain termasuk ahli keluarga atau majikan mereka.

“ Bagi menyelesaikan masalah ini, satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu yang terkesan terutama yang telah menerima janji temu baharu menggantikan janji temu terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kenyataan bersama itu memaklumkan Amirudin dan Khairy telah mengadakan perbincangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bagi mencari penyelesaian kepada isu yang timbul itu serta perancangan meningkatkan kadar harian vaksinasi di Selangor.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan bahawa pihaknya telah melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang telah mendaftar di bawah kempen tersebut dan CITF mengambil maklum serta menghargai usaha Kerajaan Negeri Selangor serta pihak lain bagi membolehkan seramai mungkin individu di Malaysia termasuk di Selangor mendaftar dan mendapat vaksinasi COVID-19.

Mengenai perancangan menambah kadar harian vaksinasi di Selangor, kenyataan bersama itu memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju membuka PPV berskala mega di beberapa lokasi di sekitar negeri itu secara berperingkat bermula minggu kedua bulan Jun.

"Perbincangan yang telah berjalan dalam suasana harmoni ini juga telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara pihak Kerajaan Negeri Selangor dan pihak CITF bagi membolehkan program imunisasi itu berjalan dengan lancar serta teratur, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok," menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu juga memaklumkan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood serta wakil SELangkah turut hadir dalam perbincangan semalam. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad