web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Motosikal Terbabas Masuk Parit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 12:17PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pekerja ladang dikhuatiri lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit semasa meredah air di ladang kelapa sawit Sungai Bebar Utara, Pekan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.55 petang ketika mangsa Muhammad Adhwa Haslan, 31, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di perumahan ladang berkenaan.

"Rakan mangsa yang berkonvoi bersama mendakwa mereka telah meredah air sedalam 0.33 meter yang melimpah di atas jalan utama ladang apabila motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke parit.

"Rakan mangsa mendakwa seorang pengawal keselamatan yang berada berhampiran lokasi kejadian terjun ke parit untuk menyelamatkannya, namun gagal kerana arus deras," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang semalam, namun dihentikan pada malam berikutan faktor cuaca dan disambung pagi ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad