web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Berkurang Kepada 8,566 Malam Tadi - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:00AM

NADMA melaporkan jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan penurunan malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 8,566 orang yang berlindung di 73 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi, berbanding 8,904 orang di 80 PPS petang semalam.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Johor sebanyak 25 PPS dibuka di Kota Tinggi yang menempatkan 4,652 mangsa, diikuti 11 PPS di Kluang (1,613 mangsa), lima PPS di Johor Bahru (903 mangsa), tiga PPS di Segamat (73 mangsa) serta sebuah PPS masing-masing di Kulai (86 mangsa) dan Pontian (17 mangsa).

Di Pahang, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 1,222 mangsa daripada 334 keluarga yang berlindung di 27 PPS di tiga daerah berbanding 1,393 mangsa daripada 383 keluarga di 26 PPS petang semalam.

Seramai 536 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 11 PPS di Rompin, serta masing-masing lapan PPS di Maran (473 mangsa daripada 110 keluarga) dan Pekan (213 mangsa daripada 57 keluarga).

Sebuah PPS turut dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan bencana kebakaran yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Skudai di Johor Bahru, Sungai Johor (Johor Bahru), Sungai Johor (Kota Tinggi), Sungai Johor (Kulai) dan Sungai Endau (Kluang).

Selain itu, Sungai Kedah di Kota Setar, Kedah, Sungai Kelantan (Kota Bharu, Kelantan), Sungai Perak (Hulu Perak, Perak), Sungai Arau (Arau, Perlis), Sungai Salim Batang Rajang (Sibu, Sarawak) dan sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan (Kuantan), Sungai Pahang (Jerantut), Sungai Pahang (Pekan dan Maran) dan Sungai Rompin (Rompin).

Laporan itu juga memaklumkan terdapat 60 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh, antaranya Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor, Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri, Kuala Krai di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli, Hulu Perak di Perak dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad