web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuota Haji Malaysia 2024 Seramai 31, 600 Jemaah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 5:19PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota 31, 600 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

Kuota haji pada tahun lepas adalah seramai 31,600 jemaah haji.

"Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci," kata Mohd Na'im dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na'im berkata turut dibincangkan ialah berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas haji.

"Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji," katanya.

Mohd Na'im kini berada di Jeddah, Arab Saudi bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad