web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Paling Buruk, Air Naik Terlalu Cepat - Mangsa 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 5:07PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN -- Banjir di Felda Chini Timur 3 di sini yang berlaku semalam, disifatkan mangsa sebagai paling buruk pernah berlaku di kawasan berkenaan.

Anak jati tanah rancangan itu, Muhammad Syazwan Mat Suhaimi, 29, berkata, walaupun rumahnya pernah dilanda banjir sebelum ini, air hanya memasuki rumah di bahagian bawah (dapur) dengan ketinggian separas betis.

"Kali ini rumah atas juga habis dinaiki air. Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan air mula masuk ke bahagian dapur kira-kira 5 petang dan tidak sampai setengah jam kemudian, sudah mula memasuki ke rumah atas.

"Saya dan keluarga hanya dapat mengambil barangan penting dan pakaian untuk semalaman kerana bimbang untuk berlama-lama di dalam rumah. Keadaan sekeliling juga semakin kelam-kabut kerana semua sibuk menyelamatkan diri," katanya.

Muhammad Syazwan Mat Suhaimi
Muhammad Syazwan Mat Suhaimi

Muhammad Syazwan berkata, dia dan empat ahli keluarganya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semai Bakti FELDA Chini Timur 3 di sini, yang dibuka bagi menempatkan 61 mangsa banjir daripada 14 keluarga.

Sementara itu, Zulfikar Zahari, 32, berkata, walaupun beberapa kali menyaksikan rumah jiran yang terletak di kawasan rendah dilanda banjir, kali ini adalah pengalaman pertamanya berhadapan banjir sejak menetap di situ 30 tahun lalu.

Pekerja kilang di Gebeng, Kuantan itu berkata, dia bergegas pulang ke rumah pusaka orang tuanya malam tadi, selepas dihubungi adik perempuan yang menetap di situ yang bimbang selepas melihat air di belakang rumah semakin tinggi dan hujan masih lebat.

"Saya pesan jangan terlalu risau kerana selalunya rumah kami selamat. Tapi tak lama kemudian, dia telefon sekali lagi beritahu air di dalam rumah sudah paras lutut dan dia bersama abang (yang turut mendiami rumah itu) sedang bersiap-siap untuk berpindah," katanya.

Bagaimanapun, air mulai surut tengah hari tadi, dan Zulfikar berkata, banyak barangan rumah rosak kerana abang dan adiknya hanya dapat memindahkan peti sejuk dan mesin basuh ke tempat tinggi dengan bantuan jiran.

"Kami agak terkesan juga kerana ini pengalaman pertama... jadi agak buntu apa yang perlu dilakukan semasa kejadian. Kami sudah mula membersihkan rumah, namun dalam masa sama tetap risau kerana cuaca masih gelap walaupun hujan sudah berhenti," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad