web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiga Daerah Di Johor Diramal Banjir Secara Berperingkat Hari Ini – JPS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 3:18PM

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir dijangka berlaku secara berperingkat di beberapa daerah di Johor iaitu Kulai, Johor Bahru dan Pontian hingga 5 petang ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (buruk) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi tadi.

Menurut kenyataan berkenaan, lokasi dijangka mengalami banjir adalah di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar sungai terlibat di tiga daerah terbabit iaitu Sungai Siam di Kampung Sungai Siam dan Sungai Siku di Kampung Murni Jaya di Kulai.

Di Johor Bahru pula membabitkan kawasan rendah di sekitar Sungai Tiram di Kampung Dagang,Sungai Skudai di Kampung Laut dan Kampung Pasir, manakala di Pontian lokasi diramal terjejas adalah di sekitar Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun.

"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.Daerah-daerah lain yang tidak termasuk dalam amaran banjir monsun ini diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir," menurut kenyataan itu.

Orang ramai diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicinfoBanjir untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar