web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Menurun Kepada 338 Orang Pagi Ini – NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 12:42PM

Bilangan mangsa baniir di Johor menunjukkan pengurangan setakat pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Johor bertambah baik apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 338 orang daripada 92 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, berbanding 440 orang malam tadi.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan tiga PPS di Kota Tinggi yang menempatkan 84 mangsa, dua PPS di Mersing (170 mangsa) dan sebuah PPS di Kluang (84 mangsa).

Di Pahang pula, seramai sembilan mangsa daripada dua keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Rompin yang dibuka sejak 12 tengah malam tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran kejadian kebakaran melibatkan sembilan rumah di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya, kekal 38 orang.

Berdasarkan tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Endau Kluang, Johor yang merekodkan bacaan 14.51 meter (m) dengan trend menurun; Sungai Kelantan di Gua Musang, Kelantan (72.61 m) dengan trend meningkat.

Sungai Arau, Perlis pula mencatatkan bacaan 24.14 m dengan trend meningkat, manakala Sungai Batang Sadong di Serian, Sarawak (9.52 m dengan trend menurun) setakat pagi ini.

NADMA turut memaklumkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor akan mengalami cuaca buruk ekoran hujan lebat berterusan sehingga hari ini dengan di Pahang, melibatkan Pekan dan Rompin dan di Johor membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 20 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh, antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di Pekan, Pahang; Jalan Mersing - Endau di Mersing, Johor; dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar