web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Gendang Nusantara 2024 Raih Dua Pengiktirafan MBOR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 10:51AM

Yang Dipertua negeri Tun Mohd Ali Rustam mengetuk gendang sebagai simbolik penutup Pesta Gendang Nusantara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pesta Gendang Nusantara 2024 meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori First "Gendang Nusantara' Performance dan Most Performers in a "Gendang Nusantara" Performance pada majlis persembahan perdana pesta berkenaan di sini malam tadi.

Dua sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan disaksikan oleh Yang Dipertua negeri Tun Mohd Ali Rustam serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Shadan berkata Pesta Gendang Nusantara mula dianjurkan pada 1995 bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi penggendangan di Malaysia dan nusantara selain memartabatkan nama Melaka sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan warisan.

"Pesta ini juga disertai oleh 32 kumpulan dari Malaysia, nusantara dan luar negara seperti Poland, Sri Lanka, Korea dan Thailand membabitkan 550 peserta yang beraksi mempamerkan seni penggendangan dari negara masing-masing.

"Pesta ini juga merupakan satu pertandingan penggendangan yang dianjurkan bermula 2 hingga 6 Jan dan bagi persembahan perdana malam ini, kira-kira 10,000 pengunjung hadir untuk menyaksikannya," katanya kepada pemberita selepas Pesta Gendang Nusantara 2024 yang berlangsung di Dataran MBMB di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Shadan berkata Pesta Gendang Nusantara 2024 merupakan acara pembuka tirai bagi program Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), sekali gus mengetengahkan silang budaya antara negara terlibat dalam aspek seni penggendangan.

Beliau berkata penganjuran pesta berkenaan juga bertujuan memperkenalkan seni penggendangan kepada generasi muda di negara ini, sekali gus memelihara seni dan warisan berkenaan agar tidak dilupakan.

Pada Pesta Gendang Nusantara 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima Anugerah Persembahan Terbaik yang membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlahRM5,000, manakala Anugerah Gubahan Lagu Terbaik dimenangi oleh kumpulan gendang dari Medan-Sumatera Utara yang turut membawa pulang hadiah sama.

Bagi kategori Alat Muzik Terunik pula, anugerah itu dimenangi oleh kumpulan gendang dari Sri Lanka yang turut membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM5,000. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad