web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perodua Setuju Beli Semula Bezza Yang Rosak - Nagakanni

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:31AM

Kereta Perodua Bezza milik Nagakanni yang rosak selepas hanya lapan jam digunakan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik Perodua Bezza, S. Nagakanni yang mendakwa kenderaan dibelinya pada Oktober lalu rosak tidak sampai lapan jam selepas dibeli, memaklumkan syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh.

Menerusi hantaran di Facebook, Nagakanni berkata beliau tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan kereta yang rosak itu dan semua bayaran sebelum ini akan diterimanya semula.

"Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! Dengan keputusan ini, saya tidak perlu lagi membayar untuk kereta lama malah semua bayaran dibuat sebelum ini, saya akan dapat semula.

"Perodua juga memberi tawaran untuk saya membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ini dan beli kereta lain," katanya.

Wanita itu berkata beliau diberikan tempoh sehingga tujuh hari untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima tawaran tersebut.

Nagakanni turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyokong perjuangannya menuntut semula hak sebagai pengguna.

"Saya terhutang budi dengan anda. Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni. Tapi saya belajar sesuatu, walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Nagakanni mendakwa kenderaan yang baru dibeli hanya sempat digunakan selama lapan jam sebelum rosak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dalam kenyataan semalam berkata sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi memastikan isu sama tidak berulang.

Beliau berkata Nagakanni mungkin satu-satunya individu yang paling beruntung di negara ini yang menerima penggantian kereta baharu daripada pembuat kereta untuk sedan yang baru dibelinya, namun katanya jika bukan kerana tekanan netizen, wanita itu mungkin terpaksa menanggung sendiri kerugian tersebut.

"Selepas pengalaman getirnya tular dan netizen banyak memberi tekanan kepada pengeluar kereta itu, akhirnya pengeluar kereta nasional itu bersetuju untuk membeli keretanya.

"Walaupun ia adalah tindakan yang mulia bagi pengeluar kereta itu untuk menggantikan kereta Nagakanni, ia hampir tidak pernah didengar, bagi pengeluar kereta untuk menukar kereta yang baru dijual dan menggantikan dengan kereta baharu di Malaysia, tanpa terlebih dahulu membawa perkara itu ke mahkamah.

“Pada masa sama, individu lain mungkin tidak mendapat layanan sama, sebaliknya terpaksa menanggung kerugian terutama apabila mereka membeli kereta secara sewa beli," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar