web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Harussani Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 7:18PM

Petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) mengaminkan doa selepas selesai majlis pengebumian Allahyarham Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jenazah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini, jam 6.20 petang hari ini.

Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Allahyarham oleh petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Polis turut mengawal ketat majlis pengebumian itu dengan menutup jalan masuk ke tanah perkuburan manakala media pula hanya dibenarkan membuat liputan dari jarak 200 meter.

Ahli keluarga Allahyarham juga hanya dibenarkan melihat majlis pengebumian itu dari luar pagar tanah perkuburan berkenaan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba pada jam 6.05 petang di tanah perkuburan itu setelah dikafan dan disolatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin dalam kenyataan memohon semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di seluruh negeri itu melaksanakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham.

Katanya, solat berkenaan akan diadakan selepas solat Maghrib dan semua rakyat diminta berdoa supaya roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan bertaqwa.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dalam kenyataannya pula menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar untuk negara, khususnya dalam arena dakwah dan keagamaan.

Katanya, Allahyarham seorang ilmuan yang cukup dihormati dan disegani, serta seorang murabbi ummah yang tidak pernah jemu mencurahkan jasa dalam menyebarkan dakwah.

“Dalam ketegasannya, terselit santun dan lembut tutur kata, berdakwah secara berhikmah dan berilmu.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan sama-sama kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar