web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Hamdan Senario Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 8:24AM

Anggota kumpulan pelawak Senario hadir di pengebumian Allahyarham Hamdan Ramli, 54, atau dikenali Hamdan Senario di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, kira-kira jam 11.50 malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jenazah pelawak kumpulan Senario, Allahyarham Hamdan Ramli, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, malam tadi.

Sebelum itu van yang membawa jenazah Hamdan tiba di Masjid Abu Ubaidah pada 10.10 malam disusuli solat jenazah yang disertai lebih 200 jemaah dan diimamkan oleh Imam Muhammad Saad.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun untuk dikebumikan.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran kira-kira 300 ahli keluarga, artis, penduduk setempat dan peminat yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir anggota kumpulan Senario yang lain termasuk Azlee, Wahid, llya dan Yassin.

Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA) akibat jangkitan kuman dalam darah selepas mengalami cirit-birit dan sesak nafas.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, serta empat orang anak Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.

Pada 1 Jan lepas, kumpulan Senario dilaporkan memohon peminat agar mendoakan kesembuhan rakan mereka Hamdan yang ditidurkan di HSA selepas mengalami komplikasi buah pinggang.

Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu 31 Dis lepas, namun persembahan itu terpaksa diteruskan tanpa kehadiran Allahyarham.

Hamdan dilahirkan di Batu Gajah memenangi program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 bersama llya serta Wahid dan kemudiannya membentuk kumpulan Senario pada tahun 1996 bersama Shamsul Ghau Ghau, Azlee, Mazlan, llya,Wahid dan Farouk Hussain.

Beliau pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Aku Kaya The Movie (2003), Tipah Tertipu The Movie, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita, Kemarau Cinta, Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007), Senario The Movie: Episode 1 (2008) dan yang terbaru pada tahun 2022, Jaga-Jaga Senariounion dan Abang Long Fadil 3. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar