web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piket Kepung Demi Palestin: Polis Rakam Keterangan 13 Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 3:47PM

Sebahagian peserta yang menyertai piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis selesai merakam keterangan 13 individu berkaitan penganjuran piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' yang diadakan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah berkata, semua individu berkenaan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju pagi ini bagi membantu siasatan di bawah Sek 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Beberapa individu lagi akan turut dipanggil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua yang juga sebahagian daripada Sekretariat Solidariti Palestin antara individu yang datang memberi keterangan pada pukul 10.30 pagi bersama 11 individu lain.

Turut memberi keterangan, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan; Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi; peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda; Presiden Sejagat, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan dan aktivis sosial, Hishamuddin Rais.

Tian Chua berkata, pihaknya memberikan kerjasama baik kepada polis dan menjawab soalan berkaitan piket yang diadakan selama enam hari bermula 26 Disember lalu.

"Saya percaya apa yang kami lakukan adalah sah dan mengikut undang-undang...terpulang kepada polis menentukannya jika mereka berpendapat sebaliknya.

"Mereka (polis) masih mengumpul bukti sama ada ia menyalahi undang-undang atau tidak... ia masih awal untuk menentukannya, katanya pada sidang media selepas memberi keterangan di IPD Wangsa Maju di sini, hari ini.

Piket itu adalah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang sudah mengorbankan seramai 21,822 rakyat Palestin setakat 31 Disember lalu, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Solidariti berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat itu sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar