web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Bekerjasama Dengan ONCB Dan Polis Laos Siasat Kes Raja Dadah Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:29AM

Suspek berusia 41 yang ditahan di Vientiane, Laos bersama pihak berkuasa negara itu selepas dia ditahan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalin kerjasama dengan Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand dan polis Laos berhubung kes penahanan seorang lelaki yang didakwa sebagai 'raja dadah Malaysia' di Laos baru-baru ini.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata siasatan lanjut dilakukan bagi membolehkan segala tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah terutama di Malaysia dapat dibenteras tanpa sebarang kompromi.

“Suspek yang berusia 41, ditahan di Vientiane, Laos pada 28 Dis lepas atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen Laos dan ONCB Thailand telah mencadangkan agar dia diusir ke Thailand kerana berada dalam senarai hitam di bawah kesalahan dadah di negara itu.

"Siasatan awal mendapati lelaki yang berasal Parit Buntar, Perak itu dipercayai turut mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket di negara ini," menurutnya dalam kenyataan di sini semalam dan mengesahkan telah menerima pemakluman tentang penahanan itu daripada pihak berkuasa kedua-dua negara.

Polis Thailand dalam kenyataan semalam memaklumkan suspek telah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lepas.

Suspek bersama anggota penting sindiket dilaporkan bersembunyi di negara itu dan dipercayai dalang utama dalam membekal serta menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segi Tiga Emas sejak 2006. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar