web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI

Lebih 1,000 Sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:22AM

Pendakwah bebas Don Daniyal Don Biyajid (dua, kanan) menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Mindset Tahun Baru' pada Program BSAS Berselawat Bersama Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Peringkat Negeri Perak 2024, yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohammad di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lebih 1,000 orang menyertai Program Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di sini, malam tadi.

Program berkenaan telah diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bersama isteri Datin Seri Aezer Zubin, barisan exco kerajaan negeri serta ketua jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan) turut berselawat pada Program BSAS Berselawat dan Berzikir bersama Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Peringkat Negeri Perak 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru malam tadi. - gambar BERNAMA

Program yang berlangsung sekitar jam 9 malam itu dimulakan dengan bacaan Surah At-Taubah, ayat 122 hingga 129 oleh johan qari Tilawah al-Quran negeri Perak 2023 Mohd Kamaruzaman Daud.

Pengisian program berbentuk keagamaan itu, diteruskan dengan alunan selawat dan zikir dendangan Kumpulan Qasidah Majelis Rasulullah dari Gerik, diikuti ceramah berjudul 'Mindset Tahun Baru' yang telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (enam, kanan) bergambar beramai-ramai pada Program BSAS Berselawat dan Berzikir bersama Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (tiga, kiri) Peringkat Negeri Perak 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru malam tadi. - gambar BERNAMA

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. - gambar BERNAMA
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. - gambar BERNAMA

Program berkenaan diadakan bertujuan untuk meraikan tahun baharu, selain memperkasa aktiviti keagamaan yang dilihat mampu memberi manfaat kepada umat Islam pelbagai peringkat di Perak. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar