web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Yayasan Selangor Dibuka Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 6:15PM

gambar FB Yayasan Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu 2024 bagi Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia - Yayasan Selangor (RKPYS) dibuka mulai esok.

Yayasan Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 491 tempat diperuntukkan di 32 sekolah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada murid tahun enam 2023 yang layak.

"Pemohon perlu mendapat Tahap Penguasaan (TP) 3 untuk semua mata pelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah, bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan (KPM) atau sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM dengan keutamaan diberikan kepada murid luar bandar.

"Pemohon atau ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun, selain berpendapatan per kapita kurang RM2,000 sebulan," menurut yayasan itu.

Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada murid yang terpilih termasuk asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik, pembangunan kendiri dan pemantauan berterusan daripada guru yang dilantik.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.yayasanselangor.org.my sebelum tarikh tutup pada 15 Januari. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar