web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PADU Pastikan Kemudahan Kerajaan Dinikmati Penerima Berhak – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 4:29PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan PADU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan bahawa setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

Berucap melancarkan PADU di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata melalui sistem berkenaan, setiap ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan.

"Kita bangunkan sistem negara yang lebih canggih, yang mampu bersaing.

"Perlu tekad baharu dan jangan tolak ansur kerana tanpa PADU terlalu banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan. Kalau tidak, tidak ada sebab masih ada kelompok miskin dalam negara,"katanya.

PADU,  yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Anwar menegaskan penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya.

"Subsidi diberi kerajaan dikira dengan nilai ringgit sekarang cecah RM80 bilion dan tidak mungkin Malaysia bertahan mengurus kewangan belanjawan negara kalau hal ini tidak dapat diperbaiki," katanya.

Anwar berkata keupayaan membina PADU jelas menunjukkan jentera kerajaan mampu melaksanakan perkara baharu tanpa bergantung kepada konsultan antarabangsa yang melibatkan kos tinggi.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini berkata PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), di samping kerjasama pelbagai agensi lain.

Sementara itu Anwar meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali memantau pelaksanaan sistem PADU agar ia mencapai matlamat yang diidamkan.

"PADU penting, ia menjamin saluran subsidi sampai, dan ia tunjukkan keupayaan serta penyertaan masyarakat secara keseluruhannya," katanya.

"Kaedah PADU memaksa setiap warganegara faham mengenai transformasi digital dan guna sistem PADU, dan ia menunjukkan ada kecelikan budaya dan digital," katanya yang turut mengingatkan seluruh jentera kerajaan agar tidak meninggalkan masyarakat miskin bandar, pedalaman dan desa dalam pelaksanaan PADU.

PADU dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 31 Mac ini bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU itu bermula hari ini hingga 31 Mac ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad