web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandu Lawan Arus: Pemuda Cedera Parah Dalam Kemalangan Libat Lima Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 8:54AM

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera parah selepas memandu Perodua Myvi secara melawan arus, sehingga menyebabkan kemalangan empat kenderaan di Kilometer 2.6 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke pusat bandar, di sini, tengah malam Isnin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, pemandu berusia 20 tahun itu telah memandu lawan arus dan melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton serta mengakibatkan pelanggaran tiga kereta lain.

Beliau berkata Perodua Myvi itu dipercayai dipandu dari arah bandar raya ini menuju ke utara tetapi memandu lawan arus bermula dari bulatan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan memasuki EDL.

"Mitsubishi Triton yang datang dari arah utara dan menuju ke pusat bandar, tidak sempat mengelak daripada Perodua Myvi yang datang dari arah hadapannya.

Pelanggaran itu telah menyebabkan Mitsubishi Triton tersebut terbalik, dan tiga kereta lain iaitu Toyota Vios,Honda City dan Audi A3 yang datang dari arah sama dengan pacuan empat roda itu, juga tidak sempat mengelak, lalu melanggar Perodua Myvi dan Mitsubishi Triton tersebut yang berada di tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurutnya pemandu kereta lain yang terlibat dalam kemalangan tu hanya mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun, beliau berkata pemandu Myvi terbabit didapati tidak berada di bawah pengaruh

alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar