web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir 3 Negeri Makin Pulih, Hanya 114 Mangsa Di 5 PPS - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 6:23PM

Dua mangsa membersihkan rumah mereka yang ditenggelami banjir baru-baru ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Situasi banjir di tiga negeri semakin pulih dengan hanya 114 mangsa masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 1,122 orang di 13 PPS, tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 26 orang dan berlindung di satu PPS iaitu di Pasir Mas berbanding 1,034 orang yang berada di sembilan PPS tengah hari tadi.

Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang yang berlindung di dua PPS di Maran, manakala satu PPS yang menempatkan 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands telah ditutup.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula tidak berubah dengan 54 orang masih berada di dua PPS di Segamat setakat 4 petang.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya meliputi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.28 meter (m) dengan trend menurun dan Sungai Arau di Arau, Perlis (23.57m dengan trend menurun).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 27 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya termasuk Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri, Kuala Krai di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik, Hulu Perak di Perak; dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Turun Kepada 3,002 Orang Setakat 8 Malam - NADMA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Situasi Banjir Di Segamat Tidak Berubah, 43 Mangsa Di PPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad