web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuala Muda Daerah Tertinggi Catat Kes Kemalangan Maut Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 2:26PM

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim beramah mesra bersama pengunjung program yang membuat penukaran topi keledar di Tasik Darulaman, Jitra, malam tadi. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Daerah Kuala Muda di Kedah adalah daerah yang mencatat jumlah kemalangan maut tertinggi di Malaysia bersandarkan statistik dikeluarkan antara Januari hingga akhir September lalu. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 121 kes kemalangan maut dicatatkan di daerah berkenaan. 

Katanya, sebanyak 21 kes dicatatkan di Jalan Persekutuan, 47 kes di jalan negeri, 21 kes di Jalan Bandar, 25 kes di Jalan Ekspress dan 7 lagi kes berlaku di lain-lain jalan. 

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 108 kes kemalangan maut yang dicatatkan di daerah tersebut dalam tempoh sama pada 2022. 

"Justeru, apabila memasuki 2024, Kuala Muda bakal menjadi fokus utama kami. Selain Kuala Muda, dua lagi daerah yang menjadi tumpuan adalah Kota Setar serta Kulim kerana kedua-duanya mempunyai kes kemalangan maut agak tinggi. 

"Di Kota Setar misalnya, sebanyak 75 kes kemalangan maut dicatatkan, manakala di Kulim terdapat 63 kes pada tahun lalu. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding cuma 67 kes di Kota Setar dan 62 kes di Kulim untuk tempoh sama pada 2022," katanya. 

Beliau berkata demikian sewaktu meninjau pelaksanaan Progam Penukaran Topi Keledar JPJ Kedah sempena penganjuran Program Kedah Ambang Sejahtera 2024 di Tasik Darul Aman dekat sini, malam tadi. 

Sebanyak 684 topi keledar baharu dan memenuhi spesifikasi diedarkan kepada orang ramai dalam program itu dengan mereka perlu membawa topi keledar lama atau rosak bagi digantikan. 

Sementara itu, Aman Shah berkata, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini menjalankan kajian secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca serta solusi kepada masalah tersebut di Kuala Muda. 

"Dalam masa sama, pihak kami akan menjalankan kolaborasi bersama pihak berkaitan seperti polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menangani isu berkenaan," katanya. 

Mengulas mengenai program penukaran topi keledar tersebut, Aman Shah berkata, sambutan diterima dari orang awam cukup menggalakkan dengan kuota 684 helmet tersebut habis dalam tempoh 24 jam selepas pendaftarannya dibuka pada 26 November lalu. 

"Pemakaian topi keledar tidak boleh dipandang remeh kerana bersandarkan dadat dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penggunaannya secara betul dan selamat mampu mengurangkan kecederaan kepala hingga 70 peratus dan mengurangkan risiko kematian hingga 40 peratus.

"Di Kedah, sebanyak 1,753 saman dikeluarkan sepanjang 2023 berkaitan kesalahan melibatkan pemakaian topi keledar. Jumlah itu meningkat sebanyak 159 peratus berbanding 676 saman yang dikeluarkan pada 2022," katanya. 

Secara keseluruhannya, kata beliau, sebanyak 135,962 saman dikeluarkan di Kedah meliputi pelbagai kesalahan pada 2023. 

"Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 91,237 saman dikeluarkan JPJ Kedah pada 2022," katanya. - Getaran 1 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar