web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terus Bersatu Padu Lakar Kejayaan Bermakna Di Tahun Baharu – Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 6:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu padu dalam melakar kejayaan yang lebih bermakna buat negara di tahun baharu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ingin melihat Malaysia yang aman, maju dan sejahtera pada tahun 2024.

“Tahun 2024 bakal membuka sebuah lagi episod baharu berisikan hasrat sebuah kemakmuran dan kehidupan yang lebih bermakna. Saya berazam untuk terus komited memikul tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya menerusi video yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam amanat sempena tahun baharu 2024 menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan ideologi untuk meletakan iltizam ke arah mengukuhkan lagi perpaduan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata perpaduan menjadi kunci utama kepada keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan negara serta kemakmuran negara.

“Sesungguhnya asas kekuatan sesebuah negara adalah perpaduan pelbagai lapisan masyarakatnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

“Ini penting supaya tidak ada lagi yang bermain politik, sebaliknya semua fokus ke arah pemulihan ekonomi, membangunkan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat apa lagi dalam kita mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geopolitik dunia yang semakin mencabar,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau berkata negara telah melalui 2023 dengan keadaan politik yang lebih stabil dan urus tadbir pentadbiran lebih lancar di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bergelut dengan ketidaktentuan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan negara dipimpin oleh tiga Perdana Menteri dalam tempoh kurang empat tahun.

“Semua ini adalah berkat kerjasama dan sokongan semua. Terima kasih rakyat Malaysia,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar