web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Banjir JKNK Jadi Tanda Aras Persediaan Fasiliti Kesihatan - Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 5:26PM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meninjau keadaan penduduk yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) menghadapi banjir oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sebagai tanda aras persediaan fasiliti kesihatan menghadapi bencana alam itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata SOP itu akan dikembangkan sebagai satu amalan di negeri-negeri terkesan banjir seperti Terengganu, Johor dan Pahang.

Beliau berkata JKNK telah menyediakan SOP mengambil kira keadaan sebelum, semasa dan pascabanjir dalam SOP itu.

"Saya dapati semasa banjir empat kumpulan telah dibentuk merangkumi pasukan kesihatan, perubatan, kesihatan mental dan promosi literasi kesihatan.

"Ia satu perkembangan yang baik kerana kita (KKM) dapati sebagai contoh di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas mereka mempunyai keupayaan memantau secara masa nyata termasuk memiliki papan pemuka yang boleh digunakan untuk membuat jangkaan kawasan yang bakal terkesan banjir dengan teruk," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau Panjang, di sini hari ini

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin.

Dzulkefly berkata keupayaan mengurus tadbir di PKD Pasir Mas dan JKNK dengan pendekatan yang agak baharu iaitu pengurusan digital sebelum, semasa dan pascabanjir yang dibuat secara masa nyata menjadikan persediaan menghadapi banjir di Kelantan lebih bersiap siaga.

Sementara itu, Dzulkefly berkata kes COVID-19 yang dilaporkan di PPS di Kelantan adalah terkawal.

“Sebanyak 15 kes COVID-19 telah dikesan di PPS di Kelantan khususnya di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah dalam tiga siri gelombang banjir di Kelantan sejak November lepas.

"Mangsa COVID-19 di PPS di Kelantan berada dalam kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan, jumlahnya terkawal kerana kita ukur dengan bebanan unit rawatan rapi (ICU) dan katil semua sangat terkawal,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar