web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Jadi Talian Hayat Penduduk Kampung Delong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 4:18PM

Penduduk menggunakan bot untuk bergerak apabila laluan utama ke Kampung Delong di Dungun tidak boleh diakses ekoran banjir. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Tiga bot milik penduduk kampung menjadi ‘talian hayat’ bagi kira-kira 500 penduduk di Kampung Delong di sini berikutan laluan utama di kampung mereka tidak boleh diakses oleh kenderaan akibat banjir yang melanda sejak minggu lepas.

Mohamad Amirul Fitri Abd Rahman, 24, berkata penduduk biasanya akan menggunakan khidmat beliau bersama botnya itu seawal pukul 7.30 pagi untuk berulang-alik ke jalan utama bagi pelbagai tujuan, termasuk mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan harian.

Walaupun terpaksa meredah perjalanan kira-kira 1.5 kilometer (km) melalui kawasan sawit, anak jati Kampung Delong itu berkata ia tidak menjadi masalah buatnya dan dia berasa seronok dapat menyumbang kudrat membantu mereka yang memerlukan.

"Kita di kampung ini bukan semua rumah yang tenggelam, ada yang tidak dinaiki air. Walaupun rumah tidak dinaiki air tetapi mereka tetap ingin keluar untuk pergi kerja atau cari barang keperluan. Jadi terpaksalah gunakan bot sebab memang kami di sini terputus dari jalan utama," katanya kepada Bernama.

Seorang penduduk tempatan Che Wan Zabidi Ngah, 50, yang turut menyumbang bakti membawa penduduk dengan bot ke sana sini berkata meskipun dia mengeluarkan modal RM6,700 untuk membeli bot dan enjin, namun dia tetap berasa gembira kerana dapat membantu penduduk sekitar.

Beliau yang mesra dipanggil Pok Zu berkata pada asalnya bot itu dibeli untuk kegunaan peribadi, namun melihatkan kesukaran yang menimpa penduduk lain dia tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk lain.

"Ada juga yang hendak bayar tapi Pok Zu kata tidak mengapalah Pok Zu ikhlaskan sahaja sebab kita pun orang sini dah biasa kena macam ni (banjir) jadi mana yang saya boleh bantu, saya bantu," katanya yang bekerja sebagai tukang kampung.

Sementara itu penduduk kampung Tengku Rosdi Tengku Hamzah, 59, meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan jalan utama yang tidak boleh diakses, setiap kali musim tengkujuh tiba.

"Bagi saya kawasan jalan di hadapan itu mungkin boleh dinaikkan sedikit supaya kami tidak terkepung macam ini sebab bukan sahaja sukar untuk kami malah pihak-pihak berkaitan nak hantar bantuan pun susah. Tahun ini mujur tidak teruk seperti tahun sebelum-sebelum ini," katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Delong Mohd Zunaidi Yusoff, 53, berkata bagaimana pun keadaan itu tidak menjadi penghalang untuk mana-mana agensi berkaitan seperti Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menghantar bantuan ke kampung berkenaan. 

Setakat pagi ini, Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Kampung Delong menempatkan sebanyak 116 individu daripada 32 keluarga. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar