web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Varian Baharu, Jangkitan COVID-19 Terkawal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 1:35PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Situasi jangkitan COVID-19 dalam negara masih terkawal ketika ini dengan kadar kemaskan pesakiit ke hospital dan kematian masih rendah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketika ini juga tiada varian baharu dikesan memasuki negara ini, dengan varian Omicron serta beberapa subvariannya masih lagi varian yang menular di Malaysia.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Untuk Minggu Epid (ME-51) iaitu 17 hingga 23 Disember, kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5 peratus dan kadar kematian 0.08 peratus. Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah.

“Sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia. Varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1.

“Subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes yang lebih teruk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, seperti virus salur pernafasan lain termasuk influenza, COVID-19 juga akan terus berada dalam masyarakat negara ini dan orang ramai perlu hidup dengan virus jangkitan ini.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan keseimbangan segi kesihatan dan kehidupan (life and livelihood) semasa berlaku peningkatan kes-kes jangkitan berjangkit.

Beliau berkata, kumpulan rentan seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah juga amat digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak atau menggunakan pengangkutan awam.

“Orang ramai dinasihatkan agar meneruskan tanggungjawab penjagaan kendiri (pemakaian pelitup muka di situasi yang memerlukan, melakukan TRIIS dan kemaskini status pada MySejahtera), melindungi golongan rentan dan mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berkaitan kes jangkitan saluran pernafasan termasuk COVID-19 di sumber yang boleh dipercayai.

“KKM akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

“Dengan komitmen daripada semua lapisan masyarakat, situasi COVID-19 di negara ini akan kekal terkawal,” katanya.

TRIIS adalah langkah-langkah uji, lapor, maklum, asing dan dapatkan rawatan iaitu amalan yang digunakan bagi mengesan dan mengawal penularan COVID-19 dalam negara.

Sebelum ini, Dr Zulkefly dilaporkan berkata, kes COVID-19 bagi ME-51 meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 29.5 peratus.

Beliau dilaporkan berkata, sepanjang tempoh sama, jumlah kes kematian COVID-19 dilaporkan berkurangan 23.1 peratus iaitu daripada 26 kepada 20 kes kematian.

Bagaimanapun, Dr Dzulkefly berkata, jumlah kes jangkitan dijangka berkurangan bulan depan. – Getaran, 29 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad