web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jakim Anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 12:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata pelbagai aktiviti kerohanian diadakan di masjid yang terlibat sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baharu masihi.

Beliau berkata antara aktiviti yang dirancang ialah bacaan Surah Yaasin, majlis zikir dan doa selamat di Masjid Negara.

"Di Masjid Putra pula, selain aktiviti bacaan Yaasin, zikir dan doa selamat, akan turut diadakan ceramah khas ambang tahun baharu yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Naib Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2022 Ustaz Aiman Ridhuan.

"Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menampilkan program khas Ambang Gema Syukur dengan pengisian Kuliah Maghrib Khas, sesi Tadabbur Surah Al-Mulk dan refleksi," katanya.

Hakimah berkata Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu akan diteruskan pada Isnin ini dengan acara Qiamulail Tahun Baharu; Solat Subuh berjemaah; Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang akan disampaikan oleh salah seorang aktivis Palestin Dr Abdelrahman Ibrahim.

Beliau berkata selain itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut membuka aktiviti gerai jualan yang mana sebahagian hasil jualan akan disumbangankan kepada tabung Palestin.

"Jakim ingin mengajak seluruh lapisan masyarakat hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti kerohanian.

"Di samping bermunajat dan berdoa semoga negara kita dijauhi dari segala musibah, bala bencana dan wabak penyakit, doa juga dipohon agar Palestin diberikan keamanan dari pergolakan yang berpanjangan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad