web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di 5 Negeri Catat Penurunan - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan penurunan kepada 25,763 orang setakat 8 malam semalam berbanding 28,310 orang pada waktu pagi.

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 19,423 orang yang dipindahkan ke 64 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 17,466 orang di 89 PPS pada 6 pagi semalam.

Menurut laporan itu, 36 PPS dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 17,590 mangsa, 19 di Kuala Krai (1,149 mangsa), lima di Tanah Merah (327 mangsa) serta masing-masing dua PPS di Tumpat (239 mangsa) dan Gua Musang (118 mangsa).

Di Terengganu pula, jumlah mangsa mencatatkan penurunan kepada 5,983 orang yang berlindung di 60 PPS berbanding 10,103 orang di 113 PPS pada sebelah pagi dengan daerah terjejas meliputi Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu.

Di Pahang, sebanyak 206 mangsa berlindung di lima PPS di daerah Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands berbanding 485 orang di sembilan PPS pagi semalam.

Laporan itu turut memaklumkan daripada lima PPS yang masih dibuka di Pahang, PPS di daerah Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh dan menempatkan 87 orang daripada 17 keluarga.

Di Sabah, 30 mangsa ditempatkan di dua PPS di Paitan manakala di Johor pula terdapat peningkatan kepada 121 orang di tiga PPS di daerah Johor Bahru dan Segamat berbanding 83 orang di satu PPS pagi semalam.

Hujan berterusan dijangka berlaku di daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Kuantan dan Rompin di Pahang selain Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar