web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tinjau Situasi Banjir Kelantan Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 4:18PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam. - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan esok bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.

Perkara itu dikongsi Anwar menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuannya bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam.

“Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana.

“Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan hari ini memaklumkan, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 17,466 orang daripada 5,510 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 15,994 mangsa daripada 4,967 daripada keluarga yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa di lapan jajahan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu itu berlindung di 89 PPS.

Sementara itu, Anwar berkata dalam pertemuannya secara santai bersama Srettha, mereka berdua turut menyentuh beberapa perkara penting antaranya melibatkan soal pelancongan Malaysia dan Thailand.

“PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand.

“Selain itu, kami berdua turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang,” katanya.

Anwar berkata beliau dan Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat, sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini.

Katanya, jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad