web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk Lat Terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 8:21PM

Seniman Diraja Datuk Lat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seniman Diraja Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize pada majlis Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize Ke-3 yang berlangsung di Guangzhou, China, Jumaat lepas.

Lat yang berusia 72 tahun berkata beliau berasa bangga dengan pengiktirafan oleh jawatankuasa anugerah itu melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian di China.

"Saya bangga kerana kita mewakili negara kita, lagipun hubungan antara China dan Malaysia sekarang sangat baik, kebanyakannya melibatkan perniagaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang selamat tiba di Malaysia pada Sabtu lepas berkata buku komik dan kartun yang dihasilkannya sebelum ini telah ditatap luas di merata tempat di luar negara, termasuk China sejak tahun 70-an lagi.

Mengesahkan dirinya juga merupakan peserta tunggal dari luar China dalam majlis anugerah kali ini, Lat turut dipelawa untuk melibatkan diri dalam pemilihan karyawan pada masa hadapan, namun memaklumkan kepada jawatankuasa anugerah itu bahawa beliau tidak begitu aktif pada usianya ketika ini.

Lat berkata beliau juga sempat berbual dengan pelukis komik tersohor China Cai Zhizhong, yang sudah lama menerbitkan buku-buku falsafah China terkenal di negara itu dan peringkat antarabangsa.

Menurut Lat, Cai yang menyampaikan anugerah itu sendiri kepadanya sudah meminati karyanya sejak tahun 70-an lagi.

"Saya duduk dengan dia (Cai) sepanjang masa (pada majlis berkenaan), dia kata, "anda wira saya". Tak salah saya, dia baca buku saya dari dulu tahun 70-an, 80-an lagi.

"Dia beritahu saya dia sukakan karya saya sebab saya melukis mengenai kehidupan berbilang bangsa. Itulah perbezaan saya dengan orang lain, macam saya buat Kampung Boy itu orang Melayu (mengenai), apabila saya buat Town Boy, semua itu mengenai berkenalan dengan orang lain, kaum lain," katanya.

Pada masa sama, Lat berkata beliau juga dapat bertukar koleksi komik Kampung Boy, Town Boy dan lukisannya sebelum ini dengan karya Cai.

Lat berkata buku komik Cai adalah mengenai falsafah berdasarkan kepada cerita lama, cerita rakyat dan cerita legenda yang kemudiannya dihasilkan dalam bentuk mesej falsafah Cina.

"Buku dia (Cai) ringkas tetapi ada mesej, itu yang dia terkenal," katanya.

Sementara itu, dalam surat jemputan pihak jawatankuasa penganjur Cai Zhizhong Comic Prize yang dikongsikan oleh Lat menyatakan gaya karya seni beliau yang unik telah menarik jutaan pembaca dari seluruh dunia, termasuk China.

"Selepas penilaian oleh jawatankuasa pakar, sukacita kami memaklumkan bahawa jawatankuasa memutuskan untuk menganugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Prize kepada anda (Datuk Lat).

"Kami berharap anugerah ini mampu menzahirkan penghormatan tertinggi terhadap pencapaian hebat dan dedikasi anda dalam industri komik,” menurut surat berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar