web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Permohonan Anjur Piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 7:07PM

Poster piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis setakat ini tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ yang akan diadakan di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di sini, bermula esok hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan permit daripada penganjur Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bagi mengadakan piket berkenaan.

Sementara itu, SSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan piket yang membabitkan 48 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan secara aman, sebagai respons rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap krisis genting yang menuntut tindakan segera.

Piket itu bertujuan menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, gencatan senjata dilaksanakan segera, kekal dan tanpa syarat, menghentikan pertempuran untuk menangani keperluan segera orang awam di Gaza dan pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk sebuah negara berdaulat.

Menurut SSP, piket itu yang disertai aktivis dari organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik dari pelbagai spektrum akan berkumpul di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat selama enam hari.

“Aksi bertindak ini akan diadakan secara aman. Kami (SSP) akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam dan memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.

SSP menyasarkan 30 hingga 50 peserta esok, dan menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada hari berikutnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad