web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Remaja Maut Dalam Kemalangan Di Krubong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 11:37AM

Motosikal dinaiki dua remaja terperosok di bawah kereta dalam kejadian di Jalan Krubong Permai, malam tadi. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua remaja masing-masing berusia 16 tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Krubong Permai di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa membabitkan penunggang motosikal, Putra Norsyaqir Putrawirawan dan pembonceng, Erwan Idris.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis PERODUA Axia dipandu seorang pemuda berusia 25 tahun telah masuk ke laluan bertentangan akibat terlelap dan melanggar kedua-dua mangsa sebelum melanggar sebuah kereta jenis PERODUA Myvi.

"Akibat kemalangan tersebut, Erwan yang parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Putra Norsyaqir pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu PERODUA Axia yang memandu seorang diri dan pemandu serta penumpang PERODUA Myvi pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, sampel darah pemandu PERODUA Axia itu sudah diambil bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah dalam darah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar