web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Denggi Hingga 16 Dis Lepas Meningkat 89.3 Peratus - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 8:22PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dr Muhammad Radzi berkata dalam tempoh sama, sebanyak 92 kes kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan iaitu meningkat daripada hanya 49 kematian pada tahun lepas.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-50 2023 (ME50) iaitu bagi tempoh 10 hingga 16 Dis, jumlah kes denggi dilaporkan turut meningkat sebanyak 6.5 peratus atau 192 kes dengan 3,140 kes direkodkan berbanding 2,948 kes pada minggu sebelumnya.

“Bilangan lokaliti ‘hot spot’ yang dilaporkan pada ME50 juga bertambah kepada 124 lokaliti berbanding 101 lokaliti hot spot pada minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata daripada jumlah itu, 95 lokaliti adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13 lokaliti), Perak (tujuh lokaliti), Sabah (empat lokaliti), Negeri Sembilan (dua lokaliti) dan masing-masing satu lokaliti di Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan kes denggi terus meningkat hingga tahun hadapan, oleh itu masyarakat perlu terus memberi perhatian serta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan itu tatkala negara ketika ini juga sedang berdepan peningkatan kes COVID-19.

Menurutnya menjaga kebersihan rumah dan persekitaran serta memastikan ia bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah tanggungjawab bersama.

“Masyarakat dinasihatkan untuk terus melakukan aktiviti gotong-royong kendiri. Luangkan masa bersama keluarga memeriksa tempat pembiakan aedes di dalam dan persekitaran kediaman kita sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu,” katanya.

Orang ramai yang secara berterusan mempunyai simptom denggi seperti demam berterusan, cirit-birit dan sakit badan walaupun diuji negatif COVID-19, juga dinasihatkan untuk menjalani ujian demam di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Dalam pada itu bagi survelan kes chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiada wabak chikungunya dikesan pada ME50 namun satu kes direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes penyakit itu sehingga kini ialah 193 kes .

Bagi survelan zika pula, beliau berkata sebanyak 3,733 sampel darah dan 411 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemua sampel itu negatif. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad