web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sita Menara Ilham: Biar SPRM Siasat, “Orang Besar” Tidak Dilindungi – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 5:37PM

Menara Ilham di ibu negara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan menyita Menara Ilham di ibu negara membuktikan sistem penguatkuasaan negara ini tidak melindungi sesiapa yang terlibat dalam rasuah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semua pihak hendaklah memahami dan memberi ruang kepada badan penyiasatan itu melaksanakan tugas termasuk jika siasatan melibatkan individu berpengaruh, berpangkat atau mempunyai kuasa besar.

Anwar berkata sistem keadilan dan penguatkuasaan khususnya berkaitan integriti mesti menunjukkan contoh dan berani untuk bertindak terhadap perasuah besar.

“Biar SPRM jalankan tugas dia dan tidak kiralah kedudukan sesiapa pun… kalau tidak (siasatan terpilih) nanti, (umum) akan kritik ikan kecil (orang biasa) ditangkap, tapi kepala (individu berpengaruh) tak disentuh.

“Biarlah ada siasatan supaya pemimpin tidak dilihat dilindungi kuasa besar. Itu tanggungjawab SPRM untuk jalankan tugas dan siasatan,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Damansara, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang tafsiran atau tanggapan seolah-olah kerajaan mempunyai muslihat tertentu apabila terdapat siasatan melibatkan individu berpengaruh.

“Jangan buat tafsiran setiap kali sentuh (siasat) orang besar (individu berpengaruh) makna kita (kerajaan) ada muslihat, kalau orang kecil tiada apa-apa pulak (ada muslihat),” katanya.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas tindakan SPRM yang menyita Menara Ilham di Jalan Binjai, Kuala Lumpur yang dikatakan dimiliki keluarga seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan baru-baru ini.

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat bertarikh 18 Dis lepas itu, ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib, disiarkan melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita semalam.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata sebarang penganugerahan dan pelaksanaan projek Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi sistem kutipan tol di lebuh raya adalah dibuat mengikut proses biasa dan telus.

“Ia akan melalui proses biasa, tidak ada asas atau apa pun untuk menganggap bahawa proses itu akan melalui proses rundingan terus. Tidak.

“Ia perlu melalui proses yang sewajarnya dan telus seperti yang telah dijelaskan sebelum ini,” kata beliau.

Anwar mengulas laporan media mengenai “perjanjian pelantikan” penganugerahan konsesi untuk projek plaza tol MLFF yang ditandatangani antara kerajaan sementara dan sebuah syarikat swasta, dua hari sebelum pilihan raya umum ke-15.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi baru-baru ini berkata penganugerahan projek itu masih belum dimuktamadkan.

Mengulas mengenai pengumuman tarif elektrik petang ini, Perdana Menteri berkata semua pengumuman berkaitan pemberian subsidi bersasar adalah demi kebaikan dan berita baik untuk rakyat. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar