web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ZIM Perlu Keluarkan 4,000 Kontena Yang Terkandas Dalam Masa Terdekat – Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, perlu mengeluarkan 4,000 kontena kargo transit yang masih terkandas di negara ini terutama di Pelabuhan Klang dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ia susulan keputusan Kerajaan Malaysia semalam untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat itu daripada memasuki mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

“Kesemua kontena tersebut dikendalikan oleh ZIM. Jadi apabila kita ambil tindakan ini… maka syarikat perkapalan ini perlu hubungi syarikat perkapalan lain supaya angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk ke destinasi seterusnya,” kata beliau.

Loke berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata ZIM akan diberi sedikit masa untuk menguruskan kesemua kontena yang terkandas itu memandangkan ia melibatkan pelbagai destinasi.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel memasuki negara ini berkuat kuasa serta-merta selain melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Anwar berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad