Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tol Percuma Pada 23, 26 Dis Sempena Perayaan Krismas – Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 5:03PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Dis kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas Isnin depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga, menyambut Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga bersempena dengan cuti sekolah.

“Langkah ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian tol percuma bersempena dengan perayaan Krismas itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Dis.

“Tol percuma ini bukan diberi oleh pihak konsesi, (tetapi) diberi oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Ahmad berkata pemberian tol percuma melibatkan kos RM40 juta selama dua hari dengan anggaran 2.1 juta kenderaan berada di lebuh raya pada cuti perayaan Krismas.

Bagi 2023, beliau berkata pengecualian tol yang diberikan pada sambutan perayaan sebelum ini melibatkan kos RM206.19 juta dan jumlah ini tidak termasuk pengecualian tol selama dua hari bersempena dengan Krismas.

Beliau berkata pemilihan tarikh 23 dan 26 Dis iaitu pada Sabtu dan Selasa bagi tol percuma bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

Ahmad berkata pemilihan dua tarikh itu juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya.

Beliau turut berharap agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang disyorkan.

Pengguna juga perlu menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuh raya, katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik