web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Di Selangor, Sabah Pulih, Mangsa Di Perak Dan Kelantan Berkurangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:18AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak dan Kelantan berkurangan malam tadi.

Di Selangor dan Sabah, PPS di kedua-dua negeri yang masing-masing menempatkan 25 mangsa dan 17 mangsa ditutup petang semalam.

Sementara itu di Perak, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan berkurang kepada 39 daripada 10 keluarga setakat jam 8 malam tadi berbanding 64 daripada 17 keluarga, pagi semalam.

Sekretariat JPBN APM Perak memaklumkan kawasan terjejas banjir kekal melibatkan daerah Hilir Perak membabitkan kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra.

Berkenaan laporan tanah runtuh di Selama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan laluan A021 Jalan Kubu Gajah-Ijok Sumpitan masih dibuka kepada semua kenderaan setelah kerja pembersihan dijalankan dengan Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid sebagai laluan alternatif.

Laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan di Batang Padang juga kekal dibuka satu lorong kepada semua kenderaan berikutan pembaikan jalan utama perlu dilakukan segera susulan keadaan bahu jalan yang runtuh.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir termenung di jajahan Pasir Mas malam ini juga berkurangan kepada 3,109 daripada 969 keluarga berbanding 3,230 melibatkan 990 keluarga pagi semalam.

Kesemua mangsa ditempatkan di 10 PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar