web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 warga Asing Sedia Khidmat RTK 2.0 Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 8:06PM

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir melihat beberapa naskah pasport antarabangsa dari Indonesia, Bangladesh dan India serta wang tunai yang dirampas pada sidang media di Pejabat Imigresen Negeri Johor, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor kerana menawarkan perkhidmatan pembaharuan permit kerja melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Flying Passport di Tampoi di sini, semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, suspek yang ditahan pada 1.55 tengah hari itu terdiri daripada dua warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar dengan kesemua berusia lingkungan 20-an.

"Sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun lalu dengan bayaran RM6,500 bagi satu permohonan. Modus operandi suspek adalah dengan mencari dan mengumpul pasport pekerja asing dari rumah ke rumah yang telah disasarkan mereka.

"Sasaran terdiri daripada warga asing yang mempunyai masalah dalam permohonan lanjutan permit kerja serta pendaftaran Program RTK 2.0," katanya pada sidang media di Pejabat JIM Johor, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada suspek mendakwa sebagai pengerusi syarikat, manakala dua yang lain bertindak sebagai ‘runner’.

"Imigresen Johor turut menyita sebuah kenderaan jenis Lexus RX berwarna hitam, selain merampas tiga pasport antarabangsa Bangladesh dan Indonesia, sebuah komputer riba, sebuah 'external hard disk' yang mengandungi pelbagai maklumat permohonan RTK 2.0, sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,058.

"Jabatan Imigresen tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan permohonan RTK 2.0. Jika ada individu berbuat demikian, itu adalah sindiket yang mengaut keuntungan dengan bayaran tinggi," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Baharudin turut memberitahu JIM Johor telah menumpaskan tiga sindiket penipuan berkaitan pembaharuan permit kerja melalui RTK 2.0 dan Flying Passport sepanjang bulan ini.

"Ops Serkap pertama yang dibuat di Iskandar Puteri pada 3 Disember lalu berjaya menahan seorang wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga China bersama lima pasport China dan wang tunai berjumlah RM12,100.

"Ops Serkap kedua pula dijalankan pada 8 Disember lepas dengan JIM Johor berjaya memberkas pasangan warga asing di sebuah rumah flat di Pasir Gudang," katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar