web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Pokok Tumbang: Anak Tak Sangka Panggilan Video Ayah Adalah Panggilan Terakhir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 8:03AM

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas dihempap pokok tumbang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya tidak sangka panggilan video dengan ayah pada 5 Dis lepas adalah panggilan terakhirnya,” kata anak Allahyarham Radin Abd Kharim Radin Mamfudz, 64, salah seorang daripada dua mangsa maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, di sini, petang semalam.

Radin Muhd Nur Amri, 33, anak kedua arwah daripada sembilan adik-beradik, berkata semasa panggilan video bersama bapanya, Radin Abd Kharim sempat mengambil gambar dan bersembang dengan cucu.

“Saya sempat membuat panggilan video bersama ayah dan kali terakhir berjumpa dengan dia sebulan lebih yang lepas.

“Saya bekerja sebagai guru dan tidak sempat balik kerana ada kelas tambahan maka pada cuti sekolah bercadang untuk berjumpa dengan ayah,” katanya kepada Bernama di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Ampang, di sini, malam tadi.

Radin Muhd Nur Amri berkata beliau sedih atas pemergian bapanya kerana telah lama tidak berjumpa.

Isteri Allahyarham, Masitah Ahmad, 61, berkata arwah suaminya dalam perjalanan untuk berjumpa rakan-rakannya berdekatan kawasan Lembah Jaya selepas menghantar salah seorang anak mereka untuk menerima rawatan dialisis pada jam 4 petang semalam di Hospital Ampang.

“Ia memang merupakan rutin arwah  untuk berjumpa dengan rakan-rakan di kawasan itu setiap kali membawa anak menerima rawatan dialisis,” katanya sambil menambah jenazah arwah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat, pagi ini.

Kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan sebuah motosikal di jalan berkenaan pada jam 3.51 petang semalam menyebabkan pemandu kereta, Radin Abd Kharim meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal Muhammad Hisyammuddin Ahmad Syakif, 23, meninggal dunia di Hospital Ampang.

Sementara itu, bapa Allahyarham Muhammad Hisyammuddin iaitu Ahmad Shakif Mohd, 53, berkata pemergian anak lelakinya itu satu kehilangan yang besar buat keluarganya kerana arwah seorang anak yang baik.

"Bagi saya arwah ini seorang anak yang ceria, baik dan anak yang membantu dalam segi apa (segala segi) dan memang dia tak pernah menyusahkan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet, yang turut hadir menyantuni keluarga mangsa, berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan negeri untuk mempercepatkan bayaran khairat kematian di bawah Skim Insan Selangor. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad